Kebakaran Gudang Penyimpanan

SABTU, 18 JUN 2022 – LOT 4657, JALAN SELINSING, TAMANCITY,KUALA LUMPUR. Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 pada jam 01:33 AM, seterusnya menghantar jentera ke lokasi kejadian. Keluaran pasukan operasi dari BBP Sentul bersama jentera bantuan daripada BBP Gombak, BBP Hang Tuah, BBP Jinjang, BBP Wangsa Maju, BBP Taman Tun dan BBP Cheras dengan jumlah kekuatan seramai 57 anggota bersama 4 – FRT, 1 – LFRT, 1 – ALP, 3 – RIM, 3 – EMRS dan 4 –WATER TANKER. Menurut Komander Operasi MOHD HAFIZAN BIN HASSAN setibanya pasukan bomba dilokasi kejadian, api marak membakar sebuah gudang penyimpanan yang dianggarkan berkeluasan 100 x 150 kaki persegi. Pasukan bomba membuat pemadaman secara offensive dan defensive. Kebakaran berjayadikawal pada jam 03:18 am. Kemusnahan kebakaran dianggarkan 100%. Kejadian tidak melibatkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

English EN Malay MS
Skip to content