BACHOK, KELANTAN, 03.05.2023 : YS PPjB Jainal@Zainal Bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah mengadakan tinjauan ke lokasi tempat pelupusan sampah di Kampung Beris Lalang, Bachok, Kelantan pada jam 14.30 petang. YS Pengarah mengambil pendekatan turun padang untuk melihat sendiri gerak kerja anggota yang bertugas di lapangan serta keadaan di lokasi. YS Pengarah juga turut mengadakan Sidang Media bersama rakan-rakan media yang hadir bagi menjelaskan perancangan dan pelaksanaan serta tindakan yang telah diambil oleh JBPM Negeri Kelantan berkaitan kebakaran tapak pelupusan sampah.
YS Pengarah turut memberi kata-kata semangat kepada anggota bertugas di samping menasihati anggota agar sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan semasa melakukan pemadaman kerana terdedah kepada udara yang tidak sihat.
Turut hadir di lokasi, Penolong Pengarah Operasi Negeri, PgKB II Mohd Wildan Bin Azhari, Ketua Zon 1, PgKB II Khairul Ariffin Bin Che Ramli, PgB Farid b. Ismail Pegawai Pengurusan Operasi dan Balai, Ketua Unit Perhubungan Awam, PKPgB Wan Baijuri Bin Wan Hassan serta Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Bachok, PPgB Ahmad Ridhuan Bin Mohamad Ghazali.
JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN