SIMULASI DISASTER MANAGEMENT EXERCISE ( DMEX ) 2022 JBPM NEGERI KELANTAN

Tarikh : ( 3 November 2022) Khamis

Tempat : Lembah Sireh dan Di Bawah Jambatan Sultan Yahya Petra

Masa  : 0900 Pg-1200 Tghari

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan telah menganjurkan Simulasi Disaster Management Exercise ( D-Mex ) 2022 Peringkat Negeri Kelantan yang telah dirasmikan oleh Tn Hj. Nik Mohamed Noor b. Nik Ishak, Pengarah Pengurusan Bencana Negeri Kelantan. YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin Pengarah JBPM Negeri Kelantan, menyampaikan ucapan aluan dan mengiringi Dif Jemputan ke lokasi simulasi. Tujuan simulasi ini diadakan adalah untuk menguji Pengurusan Organisasi ICS semasa sesuatu bencana terjadi serta menguji kesiapsiagaan anggota dalam menghadapi bencana yang kompleks. Seramai 150 peserta yang terlibat dalam simulasi tersebut termasuk Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Zon dan Ketua Balai.Turut hadir Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Kelantan,Timbalan Pengarah MKN,Ketua Polis Balai Kota Bharu, dan Ketua Penguatkuasa MPKB.

English EN Malay MS
Skip to content