SESI LIBAT URUS ANTARA COMPLIANCE FUNCTION JBPM TERENGGANU DENGAN COMPLIANCE FUNCTION JBPM KELANTAN BAGI PENAMBAHBAIKAN DOKUMENTASI PENGURUSAN ANTI-RASUAH ISO 37001:2016 (ABMS)

Tarikh : 12 Jun 2023 (Isnin)

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 2, JBPM Kelantan.

Telah berlangsung sesi libat urus antara Compliance Function JBPM Negeri Terengganu (JBPMNT) dengan Compliance Function JBPM Negeri Kelantan (JBPMNK) mengenai penambahbaikan dokumentasi pengurusan ABMS.

Sesi libat urus ini dipengerusikan oleh PgKB I Anwar bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah, JBPMNK selaku Ketua Compliance Function (KCF) serta dihadiri oleh Jawatankuasa Pemandu JBPMNK yang terdiri daripada Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Cawangan dan Setiausaha ABMS.

Dalam pada itu, PgKB I Mohd Khairiri bin Mat Resad @ Arshad, Timbalan Pengarah JBPMNT selaku KCF JBPMNT telah meluangkan masa hadir bagi berkongsi ilmu dan pengalaman beliau berkaitan pelaksanaan pengurusan ABMS semasa pengauditan oleh pihak SIRIM yang telah dilaksanakan pada Oktober 2022. Turut hadir bersama, Pn. Fauziah binti Yaakob selaku Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan dan Cik Wan Noriza binti Wan Mohamed Kial selaku Setiausaha ABMS JBPMNT bagi melancarkan lagi sesi libat urus ini.

Sesi libat urus ini bertujuan mendapatkan bimbingan daripada pasukan ABMS JBPMNT bagi membantu JBPMNK dalam membuat penambahbaikan dokumentasi dan persediaan bagi menghadapi audit oleh pihak SIRIM yang dijadualkan pada Oktober 2023.

Dengan adanya sesi libat urus Pengurusan ABMS antara dua (2) negeri ini, diharapkan ianya dapat membantu Jabatan ini untuk memperkemaskan lagi pelaksaanaan dan dokumentasi berkaitan pengurusan ABMS JBPM Negeri Kelantan.

English EN Malay MS
Skip to content