Tarikh : 4 Ogos 2024
Masa : 7.00 pagi
Tempat : Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan
YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah hadir ke Program ‘Kuca Sugho’ di perkarangan Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan. Sebanyak 2 kawah bubur as syura telah dimasak secara bergotong-royong oleh semua kakitangan Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan. Program yang bermula pada jam 7 pagi itu merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh PESKEB Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan.