Tarikh : 3 Mac 2024 ( Ahad )
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan
YS PPjB Jainal@Zainal b. Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah menerima Kunjungan Hormat daripada TNB Stesen Janakuasa Sultan Ismail Petra, Pergau Kelantan. Program dimulakan dengan pembentangan oleh YS Pengarah. Pihak TNB juga telah membuat pembentangan kepada pihak Bomba. Dalam program ini juga telah diadakan Penyerahan Sijil Perakuan Bomba ( FC ) kepada pihak Stesen Janakuasa Pergau yang telah disampaikan oleh YS Pengarah kepada Tn Hj. Azhar b. Mat Yunus, Plant General Manager SSJ Sg Perak. Majlis diakhiri dengan tandatangan buku pelawat dan penyampaian cenderahati kenang kenangan serta sesi bergambar.