PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN JBPM NEGERI KELANTAN

YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan hadir merasmikan Majlis Penutupan Pertandingan Kawad Kecekapan Peringkat JBPM Negeri Kelantan Tahun 2022 dan seterusnya menyempurnakan
penyampaian pingat kepada pemenang.

Sebanyak 3 acara dipertandingkan iaitu Fire Fit Challenge, Hercules Challenge dan Kawad Hantaran Jauh Berhalangan. Bagi acara Fire Fit dan Hercules, acara dipecahkan kepada tiga kategori iaitu kategori lelaki KB19, kategori penyelia KB22 dan kategori wanita bawah 45 tahun.

Program tahunan anjuran Bahagian Latihan Negeri ini diadakan bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor dengan penyertaan seramai 60 orang pegawai dari seluruh Negeri Kelantan.

SEKITAR PERSEDIAAN PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN

English EN Malay MS
Skip to content