PERSEMBAHAN PERTANDINGAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT JBPM TAHUN 2022

Tarikh : ( 27 Oktober 2022) Khamis

Tempat : Bilik Mesyuarat BPK HQ JBPM Kelantan

Masa  : 11.00 pg.

YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin Pengarah JBPM Negeri Kelantan, hadir menyaksikan persembahan Kumpulan Matahari dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu dan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu telah mewakili JBPM Negeri Kelantan bagi Kategori KIK Hibrid dalam Konvensyen Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat JBPM Tahun 2022 pada 27 dan 28 Oktober yang telah diadakan secara atas talian. Kumpulan Matahari telah membentangkan Projek Portable Disinfector (PorTor) untuk konvensyen kali ini.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Penolong Pengarah Bahagian Latihan Negeri PgB Zulhilmi bin Ibrahim. YS Pengarah juga menyampaikan cenderahati Kepada semua peserta yang terlibat.

English EN Malay MS
Skip to content