YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, menyampaikan ucapan serta merasmikan Pelancaran Konvoi Skuad Kebajikan Bomba Kelantan Bersama NGO Ke Selangor Misi “ Kito Saye Demo ” yang berlangsung di Dataran Dato’ Haji Soiman, JBPM Negeri Kelantan pada Selasa(4 Januari 2022). Misi ini berkonsepkan gabungan antara 18 NGO Kelantan dan anak Kelantan di Lembah Klang melalui keadah pengumpulan sumbangan dari pelbagai pihak antara NGO, orang Awam syarikat Korporat dan agensi yang merangkumi wang tunai dan barangan asas serta peralatan rumah. Misi ini secara khususnya dibuat sumbangan kepada anggota bomba Negeri Selangor(Shah Alam dan Klang) dan rakyat negeri Selangor(Shah Alam dan Hulu Langat) yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini dengan harapan dapat meringankan beban mereka. Turut hadir adalah Yang Berusaha, Encik Tuan Hazli bin Tuan Mamat
Ketua Misi #KITOSAYEDEMO KE SELANGOR, Ketua-Ketua Bahagian, Zon dan Pegawai jabatan.
JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN