YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, mengeluarkan kenyataan media berkaitan perkembangan banjir kepada media TV 3, TV Alhijrah, Harakah,dan Berita Harian, pada Isnin( 27 Dis. 2021). Liputan media itu di dua lokasi iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung dan di Bilik Gerakan Banjir JBPM Negeri Kelantan. Turut hadir adalah PgKB II Mohd Wildan bin Azhari, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Pegawai Betugas Bilik Gerakan Banjir serta anggota bertugas Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung.