S PPjB Jainal @ Zainal Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan menyampaikan ucapan dalam sesi perjumpaan bersama pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan pada Isnin( 10 Mei 2021 ). Dalam perjumpaan ringkas itu, YS Pengarah menyampaikan Kit Aidilfitri sumbangan YB Datuk Hajah Zuraida binti Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia untuk diagih kepada anggota di seluruh balai di Negeri Kelantan kepada PgKB II Mohd Wildan bin Azhari, Penolong Pengarah Bahagian Operasi. Dalam majlis itu YS Pengarah turut menerima Kad Ucapan Hari Raya daripada Cik Wan Nur Farah Raihan binti Wan Zakaria( Pesonal Mystep), Encik Alif Sulaiman bin Nor Muhammad( Wakil Pelajar Praktikal di JBPM Negeri Kelantan), dan kuih hari raya dari Puan Hajah Fatimah binti Haji Ahmad, Timbalan Pengerusi PERISMA Negeri Kelantan untuk diagih kepada pegawai jabatan.