PERHIMPUNAN BULANAN JBPM NEGERI KELANTAN BULAN NOVEMBER 2022

Tarikh : ( 30 November 2022) Rabu

Tempat : Dewan Utama JBPM Kelantan

Masa  : 9.00 Pg.

Bertempat di Dewan Utama JBPM Negeri Kelantan telah diadakan Perhimpunan Bulanan JBPM Negeri Kelantan. Program dimulakan dengan ucapan alu -aluan oleh PgB Suhaimi bin Mahmood Ketua Zon 1 selaku Hos Perhimpunan Bulanan. Seterusnya ucapan dan amanat YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin Pengarah JBPM Negeri Kelantan. Aturcara pertama dimulakan dengan penyampaian ‘Mock Cheque’ kepada kedua Balu Pegawai Bomba yang meninggal. Seterusnya penyerahan 700 naskah AlQuran Wakaf daripada Tn Hj Ghani bin Mamat Pesara Bomba kepada JBPM Negeri Kelantan yang diterima oleh YS Pengarah. Pada masa sama turut diadakan penyampaian Sijil Pendaftaran ROS Persatuan Pesara Bomba Kelantan dan juga sijil kecemerlangan sukan dan KIK,PKK,PBS serta OKK. Majlis serah terima tugas Pegawai yang bertukar juga diadakan dan majlis turut diserikan lagi dengan kejutan Sambutan Hari Lahir Pegawai yang lahir pada Bulan November.

English EN Malay MS
Skip to content