YS PPjB Jainal @ Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, menyaksikan nota serah tugas yang ditandatangani oleh PgKB II Ismail bin Idris, Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan,pada Khamis(21 Julai 2021) di pejabat Bahagian Penyiasatan Kebakaran. PgKB II Ismail bin Idris akan bersara wajib pada 25 Julai 2021 selepas berkhidmat selama 34 tahun dalam JBPM(25 Julai 1987 hingga 25 Julai 2021). PgKB II Ismail bin Idris, turut mengetik kad perakam waktu terakhir sebagai ketandaan berakhirnya perkhidmatan bersama JBPM. Kami mewakili warga JBPM Negeri Kelantan khasnya, dan JBPM amnya mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diatas jasa dan khidmat bakti yang cemerlang kepada jabatan ini. Turut Hadir adalah Timbalan Pengarah, Penolong-penolong Bahagian serta pegawai Jabatan.