Tarikh : 25 Mac 2024 ( Isnin )
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Utama Apam Putra, Pasir Mas Kelantan
YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah hadir ke Majlis Penyampaian Bantuan Musibah Banjir Sumbangan Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim di Dewan Utama Kompleks Apam Putra, Pasir Mas. Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin b. Haji Daud, Menteri Besar Kelantan. Turut hadir Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan. Terima kasih