Tarikh : 31.10.2024
Masa : 1400
Tempat : Jeram Mengaji Agro Resort
YABrs En. Mohd Roshdi Bin Ismail, Ketua Jajahan Pasir Puteh, telah merasmikan Program Kesedaran Awam Zon 2 & Karnival Kebombaan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2024.
Program selama 2 hari yang telah bermula pada 30 Oktober 2024 telah dan telah disertai oleh pelbagai agensi antaranya JBPM, APMM, KKM, APM dan AADK.
Antara pengisian aktiviti program ialah Pameran Agensi manakala istimewanya program kali ini ialah Demonstrasi Kebombaan yang telah dilaksanakan secara Checkpoint dimana terbahagi kepada 7 Checkpoint berlainan disiplin iaitu :
· Simulasi Penyelamatan Kemalangan di Jalan Raya
· Simulasi Penyelamatan di Air
· Simulasi Penyelamatan Tebing Tinggi
· Simulasi Pengurusan Haiwan Berbisa
· Simulasi EMRS (Basic Life Support)
· Simulasi Menyelamat di Datar, dan
· Simulasi Kebakaran Struktur atau Dapur
Pengunjung boleh mencuba atau mengambil bahagian dalam setiap Checkpoint yang disediakan . YB Dato’ Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi merangkap ADUN Selising turut hadir melawat dan menimba pengalaman dalam setiap disiplin yang ditawarkan. Program turut dimeriahkan dengan hadiah-hadiah menarik yang disediakan pihak penganjur dan Cabutan Bertuah yang menawarkan hadiah dalam bentuk livestock atau haiwan ternakan. Majlis berakhir sepenuhnya jam 3.00 petang.















