MAJLIS PENGANUGERAHAN PINGAT PERKHIDMATAN, ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2021 DAN SIJIL PERKHIDMATAN 30 TAHUN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KELANTAN

Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Sri Ts. Muhammad Hamdan bin Haji Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada Selasa (9 Ogos 2022). Turut hadir YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, PgKB I Anwar bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kelantan, Ketua-ketua Bahagian dan Ketua Zon dan Ketua-ketua Balai meraikan 2 penerima Pingat Perkhidmatan Bomba, 47 pegawai menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 4 pegawai menerima Sijil Perkhidmatan 30 tahun.

Majlis dimulakan dengan penganugerahan Pingat Jasa Bomba (PJB) kepada Liutenant Muhaday Nitahtnawadaychakul, Penolong Ketua Pejabat Pencegahan Dan Mitigasi Bencana Wilayah Narathiwat dan Pingat Cemerlang Bomba (PCB) kepada Mr Pirat Binmam, Timbalan Yang Dipertua Datuk Bandar Golok Wilayah Narathiwat.

Sekalung perhargaan dan terima kasih kepada Bahagian Pengurusan Korporat serta warga kerja JBPM Negeri Kelantan diatas komitment menjayakan majlis tersebut.

English EN Malay MS
Skip to content