Tarikh : 10/5/2025 ( Sabtu )
Masa : 9 pagi
Tempat : Masjid Kedai Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat
PgKB II Nurul Alfisyahrin bin Mhd Zaki, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran (BKK) JBPM Negeri Kelantan telah hadir ke Majlis Pelancaran Bomba Komuniti Pantai Geting. Terdahulu atur cara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Nik Sin bin Nik Lah, Pengarah Pusat Khidmat Dun Pengkalan Kubor. Seterusnya majlis diteruskan dengan Majlis Pelancaran Pasukan Bomba Komuniti yang disempurnakan oleh PgKB II Nurul Alfisyahrin bin Mhd Zaki. Demonstrasi penggunaan Alat Pemadam Api juga telah diadakan melibatkan masyarakat dan komuniti setempat. Turut hadir Ketua Balai BBP Tumpat dan Ketua Balai BBP Wakaf Bharu serta Pasukan Bertugas BBP Pengkalan Kubor. Program berakhir dengan penyampaian cenderahati, sesi bergambar dan jamuan.







