MAJLIS PELANCARAN MENGHAPUS BAHAYA KEBAKARAN (MBK) MUSIM PERAYAAN AIDILFITRI

YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, menyampaikan ucapan dalam Majlis Pelancaran Menghapus Bahaya Kebakaran (MBK) Musim Perayaan Aidilfitri yang diadakan di Pasaraya Pantai Timor, Bukit Bunga,Tanah Merah Kelantan pada Sabtu( 16 April 2022). Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran oleh YB Dato’Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri(Ekonomi) merangkap Ahli Parlimen Jeli yang menyampaikan ucapan perasmian Pelancaran Majlis tersebut. YB Dato’Sri Mustapa bin Mohamed, turut serta dalam pemeriksaan keselamatan kebakaran bangunan, menandatangani buku pelawat dan menandatangani apron jabatan untuk disimpan sebagai kenangan.Turut hadir Timbalan Pengarah , YBrs. Encik Bong Kooi Leong, Pengurus Pasaraya Pantai Timor, Bukit Bunga, Tanah Merah, Ketua-ketua Bahagian, Ketua Zon Ketua-ketua Balai dibawah Zon Machang serta anggota jabatan.

English EN Malay MS
Skip to content