Tarikh : 28 Disember 2023 ( Khamis )
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan
YB Datuk Aiman Athirah bt. Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah hadir ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan. Ketibaan YB Timbalan Menteri bersama YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah ( Operasi ) dan YS Hj. Nordin bin Pauzi, Pengarah Operasi dan Penyelamat JBPM telah di sambut oleh YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan. Terdahulu YS Pengarah telah menyampaikan taklimat bencana banjir kepada YB Timbalan Menteri dan rombongan di Bilik Gerakan Banjir Negeri Kelantan. Selepas itu YB Timbalan Menteri bersama rombongan telah bergerak ke PPS Tasek Bakong Rantau Panjang dan menyampaikan kit makanan kepada mangsa banjir. Seterusnya YB Timbalan Menteri bergerak ke Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang untuk meninjau keadaan balai yang terkesan dengan banjir serta beramah mesra dengan pegawai-pegawai bomba. Turut hadir YB Dr. Hafidzah Binti Mustakim, ADUN Kota Lama dan YM Raja Shamri Raja Hussin, Pengerusi Eksekutif Yayasan Raja Shamri.
JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN9d JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN