LAWATAN DAN PEMANTAUAN BALAI YS PENGARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM) NEGERI KELANTAN KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BACHOK

LAWATAN  DAN PEMANTAUAN BALAI YS PENGARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM) NEGERI KELANTAN KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BACHOK

Tarikh: 14/08/2021
Hari    : Sabtu
Masa : 1425
Tempat: BBP Bachok

YS PPjB Jainal @ Zainal bin Madasin, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan diiringi oleh PBK I Zaimi bin Samad membuat lawatan dan pemantauan balai ke BBP Bachok. Kehadiran YS Pengarah disambut oleh PBK II Azman bin Mohamed Ghani penyelia pasukan C bersama anggota bertugas. YS Pengarah memberikan kata-kata semangat kepada anggota agar menjaga stamina, kesihatan dan menjalankan tugas dengan baik. Beliau juga memberi nasihat agar menjaga diri di musim Pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada masa ini dan sentiasa mengamalkan norma baharu untuk mencegah dari penularan Pandemik COVID-19.

Majlis diakhiri dengan YS Pengarah menandatangani buku lawatan balai.

ms_MYMalay