LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN DAN UJIAN SARINGAN AIR KENCING

Tarikh : ( 23 November 2022) Rabu

Tempat : Ibu Pejabat JBPM Kelantan

Masa  : 11.00 Pg – 1.00 Tghari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan telah menjalankan Latihan Pengungsian Bangunan Ibu Pejabat JBPM. Semua Pegawai Bomba dan kakitangan gunasama adalah terlibat dan diarahkan berkumpul di Assembly Point yang telah ditetapkan. Kemudian pada masa sama semua Pegawai Bomba dan kakitangan gunasama dikehendaki menjalankan Ujian Saringan Air Kencing yang dikendalikan oleh Pejabat AADK Kota Bharu. YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan mendahului senarai untuk melaksanakan ujian saringan tersebut. Seramai 86 orang yang terdiri daripada 50 lelaki dan 27 wanita serta 9 orang Pegawai Bomba BBP Tunjung terlibat dan keputusan saringan adalah negatif. Turut hadir adalah PgKB I Anwar bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kelantan.

English EN Malay MS
Skip to content