LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN, CERAMAH DAN DEMONSTRASI SMK PADANG ENGGANG

Balai Bomba Dan Penyelamat Pasir Tumboh

Tarikh : 30/08/2022

Hari : Selasa

Masa : 1030 Hingga 1330

Tempat: Sek. Men. Keb. Padang Enggang

Pasukan: C

Peserta: Guru-guru dan pelajar

Aktiviti: ceramah pengungsian bangunan dan demonstari alat pemadam api

PBKII Azman b Mohamed Ghani mengetuai seramai 6 anggota Pasukan C Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh telah melaksanakan Latihan Pengusian Bangunan, Ceramah dan Demonstrasi bertempat di SMK Padang Enggang. Tindakan operasi kali ini  dilaksanakan dengan anggota dipecahkan kepada 2 kumpulan bagi tujuan tindakan operasi pemadaman dan penyelamatan satu mangsa di Tingkat 1 bagunan sekolah menggunakan 1 unit Scoop Strechter. Demonstrasi penggunaan Alat Pemadam Api jenis Dry Powder dan Ceramah Keselamatan Kebakaran. Di akhir Latihan ini, pelajar dan guru berpeluang untuk melihat  peralatan-peralatan yang terdapat di dalam Jentera FRT semasa pameran peralatan kebombaan beserta fungsi dan kegunaan nya. Seramai 482 pelajar dan 38 orang guru terlibat secara lansung dalam latihan ini. Latihan ini berakhir pada jam 1330.

English EN Malay MS
Skip to content