Tarikh : 23 Jun 2025 (Isnin)
Masa : 1100 – 1230
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Ibupejabat JBPM Negeri Kelantan
PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat dari Dato’ Haji Mohd Faizal Daud, Naib Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) bersama beberapa orang pegawai beliau.
Kunjungan hormat tersebut merupakan platform untuk membincang dan mengeratkan hubungan antara Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan disamping berbincang mengenai jika ada per masalahan kontraktor dengan pihak kerajaan dan agensi berkaitan serta mencari jalan penyelesaian terbaik dalam isu isu berkaitan.
Turut sama hadir ialah PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah JBPM Kelantan bersama Penolong – Pengarah Bahagian, Ketua Zon dan pegawai – pegawai kanan Ibupejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan.






