YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin,Pengarah JBPM Negeri Kelantan, menerima kunjungan hormat dari YBrs. Encik Ahmad Fikri bin Samsudin, Pengurus, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan, bersama rombongan pada Rabu( 9 Mac 2022) yang di adakan di pejabat YS Pengarah Negeri Kelantan. Dalam kunjungan hormat tersebut, selain dapat memperkukuhkan hubungan yang sedia terjalin YS Pengarah turut menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Pengurus, Lapangan Terbang Terbang Sultan Ismail Petra diatas sokongan dan kerjasama yang diberikan kepada pihak JBPM Negeri Kelantan. YS Pengarah turut menyampaikan bahan kempen keselamatan kebakaran kepada YBrs. Encik Ahmad Fikri bin Samsudin, serta robongan.Turut hadir adalah, YBrs. PgKB I Anwar bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kelantan.