Tarikh : 14 Mac 2024 ( Khamis )
Masa : 2.00 petang
Tempat : Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Kehadiran YS Pengarah bersama Pegawai JBPM telah disambut oleh YBhg Dato’ Hj. Mohd Zamri b. Hj. Abdul Aziz, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Tujuan kunjungan hormat adalah untuk mengeratkan silaturrahim di samping dapat bertukar pandangan dan memperkemaskan jalinan kerjasama sesama jabatan serta merancang dan menyelaras program yang akan dilaksanakan khususnya Program Kadet Bomba di sekolah seluruh Negeri Kelantan. Dalam pertemuan itu, PgB Nurul Alfishahrin b. Mohd Zaki, Penolong Pengarah Bahagian Latihan JBPM Negeri Kelantan telah menerangkan secara ringkas program-program yang akan dilaksanakan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Turut hadir Hj. Mohamad b. Abd. Wahab, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD serta Hj. Mat Lazim bin Mohammad, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar. Terima kasih.
JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN