Tarikh : 21 September 2024 ( Sabtu )
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Pantai Sri Tujoh Beach Resort, Tumpat
Bertempat di Pantai Sri Tujoh Beach Resort Tumpat telah diadakan Program Kempen Keselamatan Kebakaran, MKAA dan Combat Tahun 2024. Atur cara bermula dengan Persembahan ‘War Dance’ oleh 10 pelajar Kadet Bomba SMK Tanjung,Chat Kota Bharu. Selepas itu ,acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh YM Dr Raja Shamri bin Raja Husin, Pengerusi Eksekutif Yayasan Raja Shamri dan diikuti dengan ucapan YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan. Manakala acara perasmian telah disempurnakan oleh YB Ustaz Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Pengajian Tinggi,Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi. Acara kemuncak ialah Pelancaran Bomba Cilik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan. Seramai 30 orang Bomba Cilik telah hadir dalam pelancaran tersebut. Antara aktiviti lain yang dijalankan ialah Taklimat Bencana, Program iSuri,CPR dan Pertolongan Cemas,’Water Confident’ dan Demonstrasi Penggunaan Alat Pemadam Api yang melibatkan peserta Combat. Turut hadir Kol ( PA) Mohd Adzhar bin Mujab, Pengarah APM Kelantan,ASP Mohamad Sanusi bin Abdullah, Cawangan Ketenteraman Awam,IPD Tumpat,PgKB II Mohd Wildan bin Azhari, Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan PgKB II Nurul Alfisyahrin bin Mhd Zaki, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran.
JBPM NEGERI KELANTAN
JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN
JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN
JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN
JBPM NEGERI KELANTAN
JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN
JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN
JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN
JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN