Tarikh : 01 Disember 2024 (Ahad)
Masa : 1000
Tempat : Ibupejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan
Setiap pertemuan semuanya bermula dengan bersyarat, perpisahan adalah pasti… JASAMU dikenang budimu tak terbilang, semangatmu dijulang baktimu gemilang…
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada PKPjB Zainal@Jainal Bin Madasin, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan atas segala jasa bakti dan sumbangan yang telah diberikan.
Beliau akan bertugas di tempat baru sebagai Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah bermula 02 Disember 2024
Dalam satu majlis yang serba sederhana YS Pengarah telah memberikan ucapan aluan dan menitipkan kata -kata semangat kepada semua Pegawai dan Anggota JBPM Negeri Kelantan yang masih bertungkus lumus menguruskan bencana banjir yang melanda negeri ini yang berlaku sejak 25 November 2024.
PKPjB Zainal@Jainal Bin Madasin dikenali ramai di Negeri Kelantan kerana sifatnya yang ceria dan mudah mesra serta disenangi rakan-rakan sekerja dan dari agensi lain.
JBPM Negeri Kelantan sekali lagi mengucapkan terima kasih diatas jasa dan budi yang diberikan oleh PKPjB Zainal@Jainal Bin Madasin sepanjang menerajui Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan, semoga Tuan meneruskan menyumbang bakti di tempat baru kelak.
Akhir kalam, setiap kenangan, jasa dan khidmat bakti tetap kami hargai. Biar budi jadi sanjungan.