PgB Abu Hasan bin Mohd Nawi @ che Yahya, Bahagian Operasi menyampaikan cenderahati bahan Kempen Keselamatan Kebakaran kepada Dr. Mohd Amran bin Abdul Wahab, Unit Perubatan Transfusi(Tabung Darah) Hospital Universiti sains Malaysia Kubang Kerian, setelah selesai derma darah dari pegawai dan anggota pada Isnin( 24 Mei 2021) yang diadakan di Dewan Utama JBPM Negeri Kelantan mengikut SOP yang ditetapkan. Jabatan ini merakamkan terima kasih kepada penderma-penderma diatas keprihatin bagi mengisi tabung darah yang semakin berkurangan.