Bengkel Task Force (Dokumentasi EKSA)

Tarikh : (5 hingga 6 September 2022)
Tempat : Dewan Utama HQ JBPM Kelantan

Bahagian Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan telah mengadakan Bengkel Task Force (Dokumentasi EKSA) bagi tujuan Penambahbaikan Dokumentasi dan cara penyediaan slide powerpoint untuk persediaan Audit Pensijilan EKSA yang dijangka akan diadakan pada bulan Oktober 2022 oleh pihak Urusetia Bhg Latihan JBPM dan Pihak KPKT.
Seramai 60 peserta yang terlibat mewakili setiap Zon EKSA masing2 di peringkat Bahagian/Zon dan balai bomba di JBPM Negeri Kelantan.
PBT II Zulhilmi bin Baharudin telah dilantik sebagai Fasilitator TASK FORCE EKSA (Pemantapan Dokumentasi) sepanjang bengkel tersebut berlangsung.PgKB I Anwar bin Abu Bakar,Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kelantan turut hadir memberi sokongan dan amanat kepada peserta.

English EN Malay MS
Skip to content