serah bendera sukbom

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN SUKBOM 2022

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN SUKBOM 2022

____________________________

TARIKH : 6 FEBRUARI 2022 / 4 REJAB 1443H (AHAD)

TEMPAT : IBU PEJABAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KEDAH

____________________________

Telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Bendera Kontijen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi menghadapi Sukan Bomba (SUKBOM) 2022 yang akan diadakan di Pulau Pinang pada 10 – 14 Februari 2022.

Majlis telah disempurnakan oleh YS Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (PKPjB) Sayani binti Haji Saidon, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah (JBPM Negeri Kedah) merangkap Yang DiPertua Persatuan Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah (PERSKEB Kedah)

Turut hadir PPjB Syufa’at bin Kamaron, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kedah merangkap Timbalan Yang DiPertua Persatuan Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah (PERSKEB Kedah), Jawatankuasa PERSKEB dan juga para atlit.

Penyerahan bendera kontijen tersebut telah diterima oleh Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Syufa’at bin Kamaron, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kedah selaku Ketua Kontijen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah.

#jbpmnegerikedah

#penyerahanbenderasukan

#sukbom2022

#selamatberjaya

English EN Malay MS
Skip to content