tasikBDB

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN AKTIVITI DI AIR (MKAA) JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KEDAH

3 SEPTEMBER 2022 (SABTU) – YAS Dato’ Abdul Wahab Bin Hj. Mat Yasin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah hadir untuk merasmikan Majlis Pelancaran LiSA & Kempen Kesedaran Dan Keselamatan Aktiviti Di Air (MKAA) di Tasik Darul Aman. Turut serta YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah JBPM Negeri Kedah serta Pegawai kanan jabatan. Hadir sama pada majlis ini wakil Syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB).

Terdapat banyak aktiviti yang telah dijalankan di Majlis Pelancaran LiSA & Kempen Kesedaran Dan Keselamatan Aktiviti Di Air (MKAA). Antaranya ialah Pelancaran Life Saving Appliances (LiSA) di Tasik Darul Aman. Kempen Kesedaran dan Keselamatan aktiviti di air kepada pengunjung-pengunjung dan para pelancong yang berada di Tasik Darul Aman dan pemantauan tahap kesiapsiagaan di kawasan tasik tersebut.

Selain itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah demonstrasi penggunaan Life Saving Appliances (LiSA) di Tasik Darul Aman. Pihak JBPM Negeri Kedah juga ada mengedarkan brochure dan pamplet keselamatan tentang penggunaan peralatan elektrik di rumah. Untuk pengunjung-pengunjung para pelancong yang berada Tasik Darul Aman pula ada disediakan aktiviti pertandingan mewarna.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah mengambil inisiatif membuat pemasangan Life Saving Appliances (LiSA) bagi menambahbaik ciri-ciri keselamatan, bantuan awal dan kempen kesedaran kepada pengunjung Tasik Darul Aman untuk sentiasa mengutamakan keselamatan semasa aktiviti di air.

Komponen peralatan keselamatan LiSA yang mengandungi Peti Siren, pelampung, jaket keselamatan, throwbag rope dan peti pertolongan cemas diharap dapat membantu orang awam sebagai langkah penyelamatan awal sekiranya terjadi sebarang kes kecemasan sementara menunggu pihak Bomba tiba ke lokasi kejadian.

Pihak JBPM Negeri Kedah mengucapkan jutaan terima kasih serta berbesar hati kepada Syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB) yang sama-sama turut menjayakan Majlis Pelancaran LiSA & Kempen Kesedaran Dan Keselamatan Aktiviti Di Air (MKAA) pada kali ini.

English EN Malay MS
Skip to content