BALING

Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran dan Kesedaran Keselamatan Aktiviti Di Air Peringkat Zon 3 Kulim

24 SEPTEMBER 2022 (SABTU) – YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah hadir untuk merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran dan Kesedaran Keselamatan Aktiviti Di Air Peringkat Zon 3 Kulim, JBPM Negeri Kedah 2022 di Dewan Al-Fateh, SMK Jerai Kupang, Kedah.

Turut serta YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah JBPM Negeri Kedah bersama timbalannya, PPjB Syufa’at bin Kamaron, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kedah

Turut hadir bersama Penolong-penolong Pengarah Bahagian, Pegawai Kanan Jabatan serta warga Ibu Pejabat JBPM Negeri Kedah.

Terdapat banyak aktiviti yang telah dijalankan di majlis ini. Kempen Kesedaran Keselamatan aktiviti di air kepada pengunjung.

Selain itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah pameran, demonstrasi penggunaan alat pemadam api serta menyaksikan demonstrasi Unit K9. Pihak JBPM Negeri Kedah juga ada mengedarkan brochure dan pamplet keselamatan tentang penggunaan peralatan elektrik di rumah. Untuk pengunjung-pengunjung kanak-kanak yang berada SMK Jerai Kupang pula ada disediakan aktiviti pertandingan mewarna.

Pihak JBPM Negeri Kedah mengucapkan jutaan terima kasih serta berbesar hati kepada SMK Jerai Kupang yang sama-sama turut menjayakan Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran dan Kesedaran Keselamatan Aktiviti Di Air Peringkat Zon 3 Kulim, JBPM Negeri Kedah Tahun 2022 pada kali ini.

“Kedah Sejahtera-Nikmat Untuk Semua”

English EN Malay MS
Skip to content