bomba yan

BALAI BOMBA YAN PAMER KELAINAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN

YAN – Balai Bomba Yan mengambil peluang sempena Hari Kebangsaan 2022 untuk dijadikan sebagai pusat aktiviti komuniti.

Ketua Balai Bomba Yan, Norhamidi berkata, keputusan ini dibuat bagi memberi daya penarik kepada penduduk untuk hadir ke Balai Bomba.

“Kita nak jadikan Balai Bomba ni sebagai pusat aktiviti komoniti. Kalau sebelum ni penduduk rasa takut nak masuk balai bomba, sekarang kita nak ubah tanggapan tersebut,” ujarnya.

Menurut ADUN Sungai Limau, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat, beliau dihubungi Pejabat Balai Bomba untuk memaklumkan tentang persiapan dan hiasan yang telah dibuat bagi mengadakan pertandingan sempena Hari Kebangsaan. 

“Alhamdulillah, inisiatif yang amat baik daripada pihak bomba dan kita doakan supaya berjaya. Elok juga kawasan yang luas di Balai Bomba Yan ini jika boleh dimanfaatkan untuk penduduk bagi aktiviti mereka. Tentu segala aktiviti lebih terkawal,” katanya.

Beliau turut mengharapkan semua penduduk khususnya di Daerah Yan untuk mengambil peluang hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan pada bulan ini.

English EN Malay MS
Skip to content