9 Februari 2023
Bertempat di SJK (C) Lok York Benut, Pontian telah diadakan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Tahun 2023. PPjB Ts. Mohd Rizal Buang, Pemangku Pengarah JBPM Negeri Johor turut hadir ke majlis tersebut bagi menyantuni Pasukan Bomba Sukarela Benut. Turut menyerikan majlis tersebut dengan kehadiran YB Dato’ Seri Ir Hasni Mohammad, YB Dato’ Seri Ahmad Maslan, Tuan Haji Rahim Pidek serta Ketua Balai BBP Pontian.JBPM Negeri Johor merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih atas jemputan tersebut.


