31 Ogos 2022
Sempena Hari Kebangsaan ke 65 Tahun 2022 ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor turut mengambil bahagian dalam perbarisan dan perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke 65 di peringkat Negeri Johor dan daerah-daerah. Di Dataran Iskandar Puteri, PPjB Ts. Mohd Rizal bin Buang, Pemangku Pengarah JBPM Negeri Johor turut hadir menyaksikan perbarisan sambutan Hari Kebangsaan di peringkat Negeri Johor yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor. Turut serta hadir bersama adalah PgKB I Mohd Tilmizi Mustapha l, Ketua Zon 1. Di daerah-daerah Negeri Johor turut diadakan sambutan yang menyaksikan penglibatan perbarisan anggota dan kenderaan pada kali ini. Penglibatan JBPM Negeri Johor kali ini telah berjaya merangkul kejayaan dalam pertandingan yang dianjurkan pada sambutan di peringkat daerah iaitu:-1. BBP Kluang: Johan Pertandingan Sepanduk Kategori Badan Beruniform peringkat Daerah Kluang2. BBP Sebana Cove: Ketiga Pertandingan Kibaran Jalur Gemilang peringkat Daerah Kota TinggiSyabas dan tahniah atas penglibatan JBPM Negeri Johor sama ada di peringkat negeri mahupun daerah. “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”.


