4 Julai 2024
Bertempat di Dewan Bakawali, Ibu Pejabat JBPM Negeri Johor telah diadakan Roadshow Hari Bersama Pelanggan Anjuran Unit Integriti Zon Selatan Tahun 2024. Program ini melibatkan 2 buah JBPM Negeri Zon Selatan iaitu JBPM Negeri Johor dan JBPM Negeri Melaka. Program ini turut dihadiri oleh YS PKPjB Siti Rohani Nadir, Pengarah JBPM Negeri Johor, YS PPjB Mohd Pisar Aziz, Pengarah JBPM Negeri Melaka, Penolong-penolong Pengarah Bahagian, Ketua-ketua Zon dan Ketua-ketua Balai JBPM Negeri Johor dan Melaka.Program ini diadakan bertujuan sebagai medium dua hala diantara JBPM Negeri di Zon Selatan bersama Unit Integriti. Taklimat berkaitan Bidang Kuasa, Pencapaian Dan Hala Tuju Unit Integriti telah disampaikan oleh YS PPjB Syed Azman Syed Ghazali, Ketua Unit Integriti JBPM serta taklimat oleh Ketua-ketua Seksyen Unit Integriti JBPM