5 September 2024
YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah JBPM Negeri Johor telah menghadiri Program Sentuhan Kasih KPKT bertempat di Residensi PR1MA Pelangi Indah, Johor Bahru.Dalam majlis tersebut, majlis telah disempurnakan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta melancarkan penubuhan Pasukan Bomba Komuniti Residensi PR1MA Pelangi Indah. YAS Dato’ turut sudi menyampaikan sijil pendaftaran Bomba Komuniti Residensi PR1MA Pelangi Indah kepada Encik Farris Kamarudin selaku Pengerusi Bomba Komuniti Residensi PR1MA Pelangi Indah serta Alat Pemadam Api (APA) sebagai simbolik penubuhan pasukan ini.Turut hadir dalam majlis tersebut YS PKPjB Siti Rohani Nadir, Pengarah JBPM Negeri Johor, Penolong-penolong Pengarah Bahagian JBPM Negeri, Ketua Zon 1 serta Ketua-ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon 1.


