Assalamualikum wbt & Salam Sejahtera.
Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Berprestasi Tinggi, Cepat & Mesra. Salam Malaysia Madani.
*PROGRAM PERTANDINGAN FIRE CHEF DAN SUKAN RAKYAT PERINGKAT BBP PASIR GUDANG TAHUN 2025*
24 April 2025 bermula jam 8:30 pagi, Alhamdulillah telah berlangsung satu Program Pertandingan Fire Chef dan Sukan Rakyat peringkat BBP Pasir Gudang bertempat di perkarangan BBP Pasir Gudang. Program ini telah dirasmikan oleh PPgB Sarhan Akmal bin Mohamad, Pemangku Ketua Balai, BBP Pasir Gudang. Turut serta dalam program ini melibatkan seluruh warga kerja BBP Pasir Gudang dan tidak lupa juga kepada jemputan khas iaitu Chef Mohd Nur Zulkarnain bin Mohd Ali,Executive Sous Chef selaku Juri Profesional dalam pertandingan Fire Chef dan bersama-sama dalam menjurikan pertandingan ini adalah juri jemputan PPgB Ahmad Fauzi bin Tamsir, pegawai kanan Zon 1 serta PPgB Sarhan Akmal bin Mohamad, Pemangku Ketua Balai, BBP Pasir Gudang
Program dimulakan dengan bacaan doa dan perasmian program dan seterusnya memulakan Pertandingan Fire Chef berkonsepkan “Survival dan Bebas” serta menu tambahan adalah “Dessert”. Tempoh masa dipertandingkan adalah selama tempoh 3jam dalam menyelesaikan Task yang diberikan. Turut dipertandingkan juga adalah Sukan Rakyat seperti acara Bermain Guli, Gasing, Batu seremban, Timbang Cap Teh dan Blok Kayu. Majlis di akhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang, penyampaian cenderamata kepada juri jemputan, sesi bergambar serta jamuan.
Alhamdulillah Syukur program berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua pemenang dan Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah turut serta dan bersama-sama menjayakan Program Pertandingan Fire Chef dan Sukan Rakyat peringkat BBP Pasir Gudang
Sekian, Terima Kasih


