Kayuhan Jalur Gemilang Peringkat Zon 4 JohorFasa 2Pada 25/8/2022, Zon 4 Johor telah mangadakan Program Kayuhan Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan 65 Tahun.Program telah melibatkan 18 org peserta dengan jarak kayuhan 85km (BBP Tangkak-PBS Jementah-BBP Segamat-BBP Bdr Baru Segamat-BBP Labis).Antara pengisian dalam program ini adalah :-Kibaran Jalur Gemilang sepanjang laluan kayuhan (bendera dipasang pada basikal).-Penyerahan Bendera Jalur Gemilang ke Balai-Balai Zon 4 sebagai simbolik Kempen Kibar Jalur Gemilang.-Edaran Risalah Kempen Keselamatan Kebakaran (Door 2 Door).-Bacaan Yassin & Tahlil Sempena Hari Kebangsaan.Program Kayuhan Jalur Gemilang & Kempen Keselamatan Kebakaran Peringkat Zon 4 ini juga telah berjaya melawat 7 Balai Bomba dan Penyelamat di bawah Zon 4 & 1 Pasukan Bomba Sukarela dengann jarak keseluruhan kayuhan 153km iaitu Fasa1: 68KM & Fasa2: 85KM. Program ini telah mendapat kerjasama drpd Polis Daerah Muar, Tangkak & Segamat.



