24.12.2024: Majlis Pengoperasian Pusat Gerakan Operasi Kebombaan Kebangsaan (PGOK), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah JBPM.
Pusat Gerakan Operasi Kebombaan Kebangsaan (PGOK) ini telah tempatkan di aras G, Ibu Pejabat JBPM di Putrajaya.
Hadir sama, wakil Telekom Malaysia (TM) yang diketuai oleh Encik Mohamed Faisal bin Naina Mohamed, Naib Presiden TM One, YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, YAS Tuan Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Encik Anuar bin Mat Alim, Pengurus Besar, Government Specialised Services, Telekom Malaysia (TM), Pengarah-pengarah Bahagian JBPM serta pegawai kanan jabatan.


