Johor Bahru, 15 April 2025 – Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, Yang Setia Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (PKPjB) Siti Rohani binti Nadir hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Johor, Encik Rahmad Julkifli bin Mohd Ali.
Sesi kunjungan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Chenderai, Ibu Pejabat JBPM Negeri Johor itu turut disertai oleh barisan pegawai kanan kedua-dua jabatan.
Delegasi JANM Johor diketuai oleh Encik Rahmad Julkifli bin Mohd Ali bersama Encik Lokman bin Latip (Timbalan Pengarah), Puan Nor Zorita binti Zorkarphy (Ketua Penolong Pengarah Pengurusan), Puan Yuslizai binti Mohd Yusof (Eksekutif Operasi), dan Puan Haslina binti Haron (Ketua Unit Teknikal).
JBPM Johor pula diwakili oleh beberapa pegawai kanan jabatan termasuk Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, PgKB I Azmi bin Ab Rahim; Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, PgKB I Muhamad Tarmizi bin Md Jaafar; Penolong Pengarah Bahagian Latihan, PgKB II Zulkifli bin Nordin; serta Ketua Cawangan Kewangan, Puan Syafinaz binti Taufikul Rahman.
Tujuan utama kunjungan adalah untuk memperkenalkan barisan kepimpinan kedua-dua jabatan, selain menjadi platform untuk bertukar-tukar pandangan berkaitan aspek pengurusan kewangan, pengoperasian jabatan, serta potensi kolaborasi strategik antara JBPM dan JANM di peringkat negeri.
Pertemuan ini turut menjadi medan untuk memperkukuh hubungan kerja yang sedia terjalin antara kedua-dua jabatan di samping membincangkan beberapa perkara berkaitan pemantapan sistem kewangan dan pengurusan yang lebih cekap serta berintegriti.
Sesi diakhiri dengan pertukaran cenderahati dan sesi bergambar sebagai tanda penghargaan dan kenangan atas jalinan kerjasama erat antara JBPM Johor dan JANM Johor.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia


