19.12.2022
Adalah dimaklumkan, PPgB Ayub bin Majid, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, JBPM Negeri Johor telah terlibat dengan kemalangan jalan raya pada petang semalam (18.12.2022). Beliau mengalami kecederaan patah tangan kiri serta patah ibu jari kaki kanan dan masih lagi dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.Sama-sama kita mendoakan agar beliau segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan rawatannya.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga kepada YBhg. Dato’ Haji Yahaya bin Haji Madis, Mantan Pengarah JBPM Negeri Johor bersama isteri serta Tuan Pauzan bin Ahmad, Mantan Timbalan Pengarah JBPM Negeri Johor hadir menziarahi PPgB Ayub Majid, Ketua Balai BBP Batu Pahat yang mengalami kecederaan akibat kemalangan jalanraya. Pengurusan tertinggi JBPM Negeri Johor amat menghargai keprihatinan beliau terhadap pegawai dan anggota JBPM Negeri Johor.

