Pepatah Irish :-
“There are good ships and wood ships, ship that sail the sea, but the best ships are Friendship, may they always be!”
26hb November 2024 – Dengan berbekal semangat Pesaudaraan Kebombaan (Fireman Brotherhood) telah berlangsung Lawatan Kerja Rasmi Korean National Fire Agency ke BBP Larkin. Kehadiran seramai 30 orang telah disambut mesra oleh TPgB I Mohd Suhaimi bin Abdul Jamal, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin bersama Wakil Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Negeri Johor dan seluruh warga kerja BBP Larkin. Lawatan Kerja dimulai dengan sessi memperkenalkan pasukan yang bertugas, sessi bergambar dan sessi menandatangani Buku Lawatan. Ianya diteruskan dengan Ucapan Alu – aluan daripada Ketua Balai dan sessi pertukaran cenderahati dari kedua delegasi. Selepas itu kumpulan Delagasi dari Korea ini dibahagikan kepada 3 Pasukan dan dibawa melawat BBP Larkin dan Kenderaan Penyiasatan Kebakaran. Secara keseluruhan mereka yg hadir berasa amat selesa walaupun terdapat jurang dari segi bahasa dan budaya, namun persaudaraan kebombaan (Fireman Brotherhood) kekal utuh.
“Dari Sungai hingga Segara, Palestin Pasti Merdeka”

