16 Mac 2023
Bertempat di Dewan Bakawali, Ibu Pejabat JBPM Negeri Johor telah diadakan Mesyuarat Agung Kawasan Koperasi Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia Berhad (KOBOPEM) Cawangan Negeri Johor yang dirasmikan oleh PPjB Ts. Mohd Rizal bin Buang, Pemangku Pengarah JBPM Negeri Johor. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran YS PKPjB Othman bin Abdullah, Ahli Lembaga KOBOPEM yang menyampaikan taklimat berkaitan faedah dan kepentingan menyertai KOBOPEM ini.Mesyuarat diteruskan dengan sesi pemilihan Setiausaha Perhubungan yang baru serta jawatankuasa bagi penggal 2023/2024. Tahniah kepada yang telah terpilih bagi bersama membangunkan KOBOPEM.