Assalamualikum wbt & Salam Sejahtera.
Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Berprestasi Tinggi, Cepat & Mesra. Salam Malaysia Madani.
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT BBP PASIR GUDANG TAHUN 2025
19 April 2025 bermula jam 20:30 petang, Alhamdulillah telah berlangsung satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat BBP Pasir Gudang. Majlis yang penuh kemeriahan ini turut dihadiri oleh YS PKPjB Siti Rohani binti Nadir, Pengarah JBPM Negeri Johor, bersama PPjB Muhammad Al Mustakim bin Abdul Hady, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Johor, Penolong-Penolong Pengarah JBPM Negeri Johor, Ketua Zon 1, Ketua-Ketua Balai Zon 1, dan pegawai kanan jabatan serta pesara-pesara Bomba yang mana kehadiran tetamu turut bersama keluarga tercinta.
Ketibaan para jemputan disambut mesra oleh PPgB Sarhan Akmal bin Mohamad, Pemangku Ketua Balai, BBP Pasir Gudang bersama warga kerja BBP Pasir Gudang.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya memulakan majlis dengan selingan persembahan dari Live Band dan turut diadakan aktiviti cabutan bertuah dan dengan seterusnya penutupan majlis dengan pertunjukkan bunga api. Alhamdulillah Syukur majlis berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah menghadiri dan bersama-sama memeriahkan lagi Majlis Hari Raya Aidilfitri peringkat BBP Pasir Gudang.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN
Sekian, Terima Kasih


