5.2.2025: YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menghadiri Majlis Pecah Tanah Bagi Projek Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni Madani Bestari Jaya, Selangor yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri di tapak projek tersebut.
Program tersebut turut dihadiri oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta semua Pengurusan Tertinggi KPKT.


