MAJLIS JALINAN MESRA AIDILFITRI 1444H KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM) KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT (BBP) ISKANDAR PUTERIISKANDAR PUTERI,

29 April 2023 –

Bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri telah diadakan Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 1444H YAS Dato’ Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri. Ketibaan YAS Dato’ telah disambut oleh PPjB Ts. Mohd Rizal Buang, Pemangku Pengarah JBPM Negeri Johor serta PKPgB Mohd Khairi Zainudin, Ketua Balai BBP Iskandar Puteri.Turut hadir ke majlis tersebut, YS PKPjB Ts. Nazili Hj Mahmood, Pengarah Bahagian Udara JBPM serta isteri, YBhg. Datin Nor Latifah Jaafar, Yang Dipertua PERISMA Kebangsaan, PPjB Muhammad Saiful Nizam Samsudin, Komander Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM serta isteri, PgKB I Norizan Saad, Ketua Unit Komunikasi Korporat JBPM serta isteri dan TPgB II Kamarul Bieza Mohamed Kassim, Presiden Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia (KESATUAN).Lebih manis lagi apabila majlis tersebut merupakan kunjungan YAS Dato’ kepada pasukan yang bertugas pada 1 Syawal yang lalu. JBPM Negeri Johor amat menghargai dan berbesar hati atas kelapangan masa YAS Dato’ menyantuni pegawai dan anggota di BBP Iskandar Puteri.

344416989 765708141624525 4421896685812568991 n
344403360 1337435290145312 4624718143589498326 n

344354486 215000457947291 4381427503387500013 n
English EN Malay MS
Skip to content