4 September 2022
Bertempat di Dewan Bakawali, Ibu Pejabat JBPM Negeri Johor telah diadakan Majlis Amanat Pemangku Pengarah serta Penyerahan Penempatan Pegawai Bomba KB19 yang baru. Seramai 76 orang Pegawai Bomba KB19 yang baru telah selesai menjalani kursus penyesuaian selama hampir 3 minggu di Ibu Pejabat JBPM Negeri Johor dan akan bermula tugas mereka di Balai-balai Bomba yang telah ditetapkan penempatan mereka.JBPM Negeri Johor mengucapkan selamat maju jaya dan berbaktilah sepenuh jiwa dan raga apabila memulakan tugasan di balai nanti.