5 September 2024
Bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Larkin telah diadakan Lawatan YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Ketibaan beliau telah disambut oleh TPgB I Mohd Suhaimi bin Abdul Jamal, Ketua Balai BBP Larkin serta anggota-anggota bertugas BBP Larkin. Kehadiran YAS Dato’ ke BBP Larkin bagi melawat Balai Bomba dan Penyelamat di Negeri Johor yang melalui transformasi pembangunan dimana bangunan ini telah diluluskan bagi pembaikan bangunan pada tahun ini.YAS Dato’ juga sudi melawat persekitaran bekas Ibu Pejabat JBPM Negeri Johor yang kini menempatkan Pejabat Zon 1 serta Bahagian Kejuruteraan JBPM Negeri Johor. Pelbagai nasihat serta teguran yang telah diberikan sepanjang lawatan ini bagi penambahbaikan serta meningkatkan mutu perkhidmatan kebombaan di negeri ini.Seluruh warga kerja jabatan ini amat mengalu-alukan serta mengucapkan terima kasih atas kesudian YAS Dato’ hadir membuat lawatan tersebut.Turut hadir bersama lawatan tersebut YS PKPjB Siti Rohani Nadir, Pengarah JBPM Negeri Johor, Penolong-penolong Pengarah Bahagian JBPM Negeri Johor serta PgKB I Zaipulbahri Mat Rusok, Ketua Zon 1.

