Hari ini Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar berbesar hati menerima kunjungan istimewa daripada Orang Kelainan Upaya adik Nurazila binti Abdullah bersama keluarga.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada beliau tentang tugas dan peranan anggota bomba dalam menjaga keselamatan awam dan juga diberi peluang merasai sendiri pengalaman menaiki jentera bomba. Keterujaan terpancar di wajah beliau, dan kami amat berbangga dapat berkongsi ilmu serta memberi pengalaman yang bermakna kepada nya.
Terima kasih kepada adik Nurazila serta keluarga kerana memberi penghargaan kepada anggota balai dengan memberikan kek sempena hari anggota bomba sedunia.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor
Bomba Dan Penyelamat Zon Kota Tinggi


